Wednesday, August 26, 2009

Ketuanan Melayu? Fikir kembali...

Gambar di sebelah adalah dipetik daripada blog Sejarah Negara Kedah






Jelas menunjukkan asal sejarah Kesultanan Melayu. Secara tidak langsung, Kesultanan Melayu adalah di bawah penguasaan dan kesinambungan Kerajaan Moghul India. Apa yang lebih menarik, terdapat perhubungan perkahwinan antara pembesar tempatan dengan Dinasti China. Ini menjelaskan lagi sebab mengapa di kalangan kita berbangsa Melayu terdapat pelbagai warna dan rupa. 

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Aku yang benar


Tuesday, August 25, 2009

Asal datang dari pangkal


Sempena bulan Merdeka ini, entah mengapa semangat patriotik aku membuak-buak. Sering saja aku bertanyakan Uncle Google fakta-fakta dan informasi berkaitan asal-usul bangsaku. Banyak jugalah mitos-mitos dan separa fakta yang aku jumpai. Dan seperti biasa, search list banyak tertera melayu bogel, melayu seksi, melayu 3gp, and so on. Itu belum lagi dikira dengan blog-blog politikus. Sigh, asal Melayu saja kenapa kena cerita UMNO? Maaf, tidak berniat "mengkhianat".

Namun ada satu blog yang amat menarik minat aku. Blog tersebut adalah Sejarah Negara Kedah . Quite nice infotainment. Paling menarik aku telah berjaya menemui missing link dalam sejarah negara dan bangsa. Owh, man! Anda patut selami blog ini. Juga anda bakal ketahui apa kaitan Freemasons dengan British ketika zaman pra-Merdeka.

And you know what? Mereka telah berjaya dalam agenda mereka.


Aku yang benar


Sunday, August 23, 2009

Perihal sukan Malaysia


Kali ini aku utarakan perihal sukan di Malaysia. Kenapa tiap kali sukan kita jatuh, mesti keluar media massa hendak dirombaklah, dikajilah, disemaklah, disemailah, dan berbagai-bagai lagi "di" yang pasti hanya slogan kosong. Aku tidak fokus kepada bola sepak (ini isu lapuk), dan aku realis. So agak membazir jika dibincangkan perkara yang tiada sudah.

Di sini aku mahu persoalkan ilmu dan semangat kesukanan yang agak jauh kebelakang dibandingkan dengan negara-negara luar. Tidak kiralah apa-apa jenis sukan. Juga mentaliti masyarakat yang hanya menganggap sukan itu hanya rekreasi.

Baiklah. Ilmu. 4 huruf yang selalu dijadikan modal "membasuh" seorang pelajar bermasalah. Ilmu sukan ini di masyarakat kita masih rendah kualitinya. Tidak percaya? Mudah saja. Cuba jawab kuiz pop di bawah ini:

Berikan 10 senarai sukan dalam masa 10 saat.
.
..
...
....
.....
....
...
..
.
habis 10 saat

Ya, pasti kamu tidak dapat habiskan jawapan tersebut. Sudah pasti bola sepak, badminton, dan bola jaring merupakan jawapan harus kamu. Kepada yang berjaya menjawab, tahniah. Tiada hadiah. Pendedahan sukan pada masyarakat juga kurang. Pernah kamu jumpa Kelab Ragbi Kampung Baru? Ini membuktikan lagi mengenai permasalahan ini. "Selain daripada bola, kami tak port". Bola pun sokong EPL, kecoh je.

Baiklah, pasti ramai di sini pernah alami/mendengar situasi seperti ini:

Anak  :  Bapak, nak beli boot bola.
Bapak :  Hah, nah duit. Beli yang murah tau.
Anak  :  Bapak, dah besar nak main bola.
Bapak :  Bukan bleh gi jauh pon. Men suka2 dah la.

Kamu tak pernah? Aku pernah. So di sini cuma satu skop yang diambil daripada sudut kekeluargaan. Jelas masyarakat secara amnya memandang sukan ini hanya satu bentuk perlakuan sihat secara sosialnya, mampu menjauhkan daripada perkara negatif. Sebagai pilihan kerjaya, "Langkah mayat abah dulu!!!".

Secara teori, sukan merupakan suatu prospek yang mampu menjana peluang pekerjaan juga. Tapi mengapa sukar untuk kita melihat sukan dari sudut profesional? Cuba tanya seribu orang yang anda jumpa mengenai kerjaya pilihan, sudah pasti kebarangkalian kerjaya yang berakhir dengan "er" adalah tinggi.

Jadi di mana permasalahan ini berpunca? Pelik betul aku dengan menteri sukan. Apalah yang dia buat dalam masa setahun? Padahal negara dah setengah abad dah merdeka. Kamu tahu? Aku tahu. 

Tetapi aku tamatkan sampai di sini. Agar paradigma kalian ke depan lagi. 


Aku yang benar


Friday, August 21, 2009

Mereka itu ekstrimis juga!

Aku tidak mahu perihalkan kisah Melayu. Ya, Melayu. Rasanya anda semua sudah muak dan mual barangkali berkaitan topik ini. Maka aku tidak akan lanjutkan topik tersebut. Rasanya banyak lagi blog yang utarakan isu ini. Tetapi aku di sini ter-tanggungjawab (erk, bolehkan?) untuk utarakan isu double-sided berkaitan Melayu, iaitu berkaitan bukan Melayu. Aiseh, topik rasisme seyh. Nah amek ko!

Seperti yang kita sedia maklum, blogosfera kita tidak lari daripada isu Melayu. Melayu malaslah, Melayu ortodokslah, Melayu itulah, Melayu inilah. Paling ramai mengkonklusikan bangsa Melayu itu ekstrimis. Aku tidak menafikan perkara ini, cuma aku kesal bila ramai yang turut menghentam bangsa sendiri tanpa membuka minda secara telus. Buat pengetahuan semua, aku nasionalis. Bukanlah lumrah aku menjadi seorang rasis.

Tahukan kalian, bahawasanya masih ramai kaum bukan Melayu yang masih lagi bersikap kepuakan malah lebih ekstrimis berbanding bangsa Melayu itu sendiri. Buktinya, berapa ramai bukan Melayu yang masih  tidak fasih berbahasa Melayu? Ramai bukan? Yang Cina dengan semangat kecinaan mereka, yang India dengan semangat keindiaan mereka. Kelompok ini mereka lebih selesa duduk di dalam kepompong mereka. Malah yang lebih berat lagi, mereka ini prejudis kepada bangsa Melayu sebagaimana prejudisnya bangsa Melayu (segelintir) kepada mereka.

Contoh paling baik di Pulau Pinang tidak lama dahulu. Mereka menggunakan isu rasis apabila penempatan sebuah perkampungan dirobohkan. Maka turunlah hulubalang-hulubalang mereka di media massa seolah-olah bangsa mereka bakal dilenyapkan di muka bumi Malaysia ini. Walau kita sesetengah tahu  motif mereka itu lebih bersifat politik, namun secara tidak langsung melambangkan mentaliti dan semangat ekstrimis mereka. Bagaimana dengan perkampungan bangsa Melayu yang dirobohkan? Kampung Abdullah Hukum tinggal sejarah walhal empunya nama ini adalah pengasas sebenar Kuala Lumpur (lupakan Yap Ah Loy, itu sejarah bawaan British). Kenapa mereka tidak turun berjuang? Walhal terdapat juga kaum India di situ. Double standard barangkali?

Tidak lama dahulu, isu sekolah Cina yang hangat dibincangkan sehingga tertubuhnya pertubuhan bukan kerajaan kaum Cina yang sibuk berjuang mempertahankan institusi pendidikan mereka. Tidakkah mereka sedar bahawasanya sistem pendidikan mereka itulah yang menjauhkan lagi jurang antara bangsa di Malaysia. Dan baru-baru ini juga seorang ahli politik Pulau Pinang melabelkan seorang seterunya ekstrimis hanya kerana menyertai sebuah pertubuhan Islam yang bunyinya hampir sama dengan Jemaah Islamiyah Indonesia. Ini belum lagi dikirakan semangat kecinaan di dalam perniagaan. Cuba kamu buka perniagaan secara adil di kawasan Cina, apa akan jadi? Mudah kamu bertempik, namun jika kamu pernah rasa situasi ini kamu akan mengerti. Aku punya kenalan yang alami situasi ini.

Kadang-kala aku runsing, mereka ini orang Malaysiakah? Sibuk laungkan ketidak adilan yang dilakukan pemimpin partisan politik Melayu, sedangkan mereka masih menebal dengan semangat assabiyyah mereka. Tidak lama dahulu kecoh ahli politik bukan melayu di bawah sebuah parti politik sekular yang membangkang ahli politik mereka memakai songkok ketika perasmian DUN oleh Sultan. Apakah hanya dengan memakai songkok mereka dimelayukan? Di mana kewarasan mereka untuk berfikir?  Dendam mereka kepada pemimpin partisan Melayu berlarutan hingga ke adat istiadat. Tidakkah ini ekstrimis?

Ya, memang kaum Melayu itu ekstrimis. Majoritinya kerana sistem yang diamalkan oleh pemimpin mereka sendiri yang mahu mereka kekal begitu untuk survival politik. Namun perlukah kita menyalahkan satu pihak sahaja? Justeru inilah sebab kenapa aku terpanggil untuk berkongsi dengan kalian para pembaca. Bukanlah aku cuba menjadi rasis, cuma aku ingin menyedarkan kalian bahawa di pihak seberang sana mereka juga masih sama seperti kita. Mereka itu ekstrimis juga!


Aku yang benar


Al Mukadimah





Akhirnya, berjaya juga aku buat akaun blogspot. Sebenarnya sudah lama niat di hati hendak buat blog sendiri. Mungkin sejak kebelakangan ini aku sering terdengar kata hati yang sudah lama aku pinggirkan. Untuk trivia umum, aku pernah menyertai sebuah pertandingan sajak ketika aku darjah tiga. Ya, sajak aku adalah ciptaan aku sendiri dan rasanya cuma aku seorang sahaja menggunakan karya sendiri. Walaupun kalah, namun aku puas. Senang cerita, aku memang daripada dulu gemar berkarya. Cuma sejak aku mengenal dunia kota dosa (sin city), sifat dan naluri aku untuk berkarya semakin lupus. Harap blog ini mampu menajamkan kembali skill penulisan aku. Dan kamu sang pembaca, mungkin boleh kongsikan aku sedikit idea tentang apa yang patut aku tuliskan. Juga blog-blog yang wajib disyorkan kepada aku.


Aku yang benar