Friday, August 21, 2009

Mereka itu ekstrimis juga!

Aku tidak mahu perihalkan kisah Melayu. Ya, Melayu. Rasanya anda semua sudah muak dan mual barangkali berkaitan topik ini. Maka aku tidak akan lanjutkan topik tersebut. Rasanya banyak lagi blog yang utarakan isu ini. Tetapi aku di sini ter-tanggungjawab (erk, bolehkan?) untuk utarakan isu double-sided berkaitan Melayu, iaitu berkaitan bukan Melayu. Aiseh, topik rasisme seyh. Nah amek ko!

Seperti yang kita sedia maklum, blogosfera kita tidak lari daripada isu Melayu. Melayu malaslah, Melayu ortodokslah, Melayu itulah, Melayu inilah. Paling ramai mengkonklusikan bangsa Melayu itu ekstrimis. Aku tidak menafikan perkara ini, cuma aku kesal bila ramai yang turut menghentam bangsa sendiri tanpa membuka minda secara telus. Buat pengetahuan semua, aku nasionalis. Bukanlah lumrah aku menjadi seorang rasis.

Tahukan kalian, bahawasanya masih ramai kaum bukan Melayu yang masih lagi bersikap kepuakan malah lebih ekstrimis berbanding bangsa Melayu itu sendiri. Buktinya, berapa ramai bukan Melayu yang masih  tidak fasih berbahasa Melayu? Ramai bukan? Yang Cina dengan semangat kecinaan mereka, yang India dengan semangat keindiaan mereka. Kelompok ini mereka lebih selesa duduk di dalam kepompong mereka. Malah yang lebih berat lagi, mereka ini prejudis kepada bangsa Melayu sebagaimana prejudisnya bangsa Melayu (segelintir) kepada mereka.

Contoh paling baik di Pulau Pinang tidak lama dahulu. Mereka menggunakan isu rasis apabila penempatan sebuah perkampungan dirobohkan. Maka turunlah hulubalang-hulubalang mereka di media massa seolah-olah bangsa mereka bakal dilenyapkan di muka bumi Malaysia ini. Walau kita sesetengah tahu  motif mereka itu lebih bersifat politik, namun secara tidak langsung melambangkan mentaliti dan semangat ekstrimis mereka. Bagaimana dengan perkampungan bangsa Melayu yang dirobohkan? Kampung Abdullah Hukum tinggal sejarah walhal empunya nama ini adalah pengasas sebenar Kuala Lumpur (lupakan Yap Ah Loy, itu sejarah bawaan British). Kenapa mereka tidak turun berjuang? Walhal terdapat juga kaum India di situ. Double standard barangkali?

Tidak lama dahulu, isu sekolah Cina yang hangat dibincangkan sehingga tertubuhnya pertubuhan bukan kerajaan kaum Cina yang sibuk berjuang mempertahankan institusi pendidikan mereka. Tidakkah mereka sedar bahawasanya sistem pendidikan mereka itulah yang menjauhkan lagi jurang antara bangsa di Malaysia. Dan baru-baru ini juga seorang ahli politik Pulau Pinang melabelkan seorang seterunya ekstrimis hanya kerana menyertai sebuah pertubuhan Islam yang bunyinya hampir sama dengan Jemaah Islamiyah Indonesia. Ini belum lagi dikirakan semangat kecinaan di dalam perniagaan. Cuba kamu buka perniagaan secara adil di kawasan Cina, apa akan jadi? Mudah kamu bertempik, namun jika kamu pernah rasa situasi ini kamu akan mengerti. Aku punya kenalan yang alami situasi ini.

Kadang-kala aku runsing, mereka ini orang Malaysiakah? Sibuk laungkan ketidak adilan yang dilakukan pemimpin partisan politik Melayu, sedangkan mereka masih menebal dengan semangat assabiyyah mereka. Tidak lama dahulu kecoh ahli politik bukan melayu di bawah sebuah parti politik sekular yang membangkang ahli politik mereka memakai songkok ketika perasmian DUN oleh Sultan. Apakah hanya dengan memakai songkok mereka dimelayukan? Di mana kewarasan mereka untuk berfikir?  Dendam mereka kepada pemimpin partisan Melayu berlarutan hingga ke adat istiadat. Tidakkah ini ekstrimis?

Ya, memang kaum Melayu itu ekstrimis. Majoritinya kerana sistem yang diamalkan oleh pemimpin mereka sendiri yang mahu mereka kekal begitu untuk survival politik. Namun perlukah kita menyalahkan satu pihak sahaja? Justeru inilah sebab kenapa aku terpanggil untuk berkongsi dengan kalian para pembaca. Bukanlah aku cuba menjadi rasis, cuma aku ingin menyedarkan kalian bahawa di pihak seberang sana mereka juga masih sama seperti kita. Mereka itu ekstrimis juga!


Aku yang benar


No comments:

Post a Comment