Tuesday, September 1, 2009

Isu Bahasa, Siapa Betul?

Kali ini aku ingin berkongsi pendapat bersama kalian. Walaupun topik ini agak lama diperkatakan, namun agak menarik apabila natijah isu ini sering dicampur adukkan dengan isu politik.

Walhal, kalian mesti pernah mendengar pepatah Melayu berbunyi "Bahasa menunjukkan bangsa". Maka tidak menghairankanlah kita agak berkecamuk dalam mengutarakan topik ini sebagaimana berkecamuknya identiti kita selaku rakyat Malaysia. Bendera pun ciplak, lagu negara pun ciplak. Adoyai!

Berdasarkan pemerhatian aku, terdapat dua kelompok besar yang secara jelas amat seteru antara satu sama lain. Di satu pihak, golongan Anti-PPSMI dan di satu pihak lagi, golongan Pro-PPSMI. Aku rasa tidak perlu dijelaskan lebih terperinci kedua-dua pihak ini.

Namun aku agak terkejut apabila jika diperhalusi lagi isu ini, terdapat pola kaum yang agak nyata. Golongan kaum Melayu kebanyakannya adalah tunjang bagi puak Anti-PPSMI, manakala kaum bukan Melayu merupakan tunjang Pro-PPSMI. Secara kasar, bolehlah dikatakan Melayu vs Bukan Melayu.

Yang lebih menarik, kedua-dua belah pihak mengutarakan hujah dan fakta masing-masing. Tidak kurang juga yang bersifat ekstrimis. Maaf, aku bukan ekstrimis. Cuma aku kesal mereka tidak dapat melihat isu sebenar topik ini.

Bagi aku, isu sebenar adalah perpaduan. Itu adalah fokus sebenar isu bahasa ini. Disebabkan sikap perkauman yang menebal, maka pangkal persoalan ini diabaikan dan mungkin tidak diendahkan. Perlu disematkan di minda semua rakyat Malaysia, Bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris itu bahasa antarabangsa. Berapa ramai kaum bukan Melayu yang fasih berbahasa Melayu? Malah ada yang tidak tahu langsung berbahasa Melayu. Kita Malaysia, bukan Singapura. Ingat tu! Cuba kalian lihat rakyat negara Cina, berapa ramaikah yang mahir berbahasa Mandarin? Walhal penduduk negara Cina itu punyai lebih banyak suku kaum berbanding kita di samping pelbagai dialek dan bahasa. Namun mereka masih memandang Bahasa Inggeris itu penting. Jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Begitu juga dengan bangsa Melayu yang sangat tebal dengan "kemelayuan"nya. Pergi sahaja di Pantai Timur jika anda ingin fahami istilah "kemelayuan" ini. Cubalah bukakan minda dan mata, sejauh mana kita mampu ke persada antarabangsa hanya dengan berbahasa Melayu? 

Jadi, apa yang kita dapat daripada posting ini?

Mudah, Bahasa Melayu itu penting bagi perpaduan dan Bahasa Inggeris itu penting bagi kemajuan dan teknologi. Juga apa salahnya kita mempelajari bahasa lain. Silalah buang sikap rasis kamu. Remember, this is Malaysia!


Aku yang benar


No comments:

Post a Comment